Sebelum ini, kami berkongsi yang mana Henry Cavill, iaitu pelakon terkenal dengan filem Superman bakal berlakon sebagai Geralt Of Rivia buat siri Netflix The Witcher.
Terkini, melalui akaun Twitter rasmi Netflix, mereka mempertontonkan buat pertama kalinya Henry Cavill sebagai Geralt.
Get your first look at Henry Cavill in The Witcher! pic.twitter.com/1O2eWS1MkP
— Netflix (@netflix) October 31, 2018
Seperti yang anda tonton di video acah diatas, kami sendiri berasa Henry Cavill kelihatan terlalu ‘cantik’ untuk menjadi watak Geralt. Walaupun begitu, video acah tersebut masih lagi hanya sebuah iklan acah sahaja dari pihak Netflix.
Mungkin juga pada masa akan datang mereka menghasilkan rupa watak yang lebih kasar dengan solekkan yang pelbagai.
Buat masa ini, siri Netflix The Witcher tersebut dirancang untuk dilancarkan tahun hadapan.