Battlefield V adalah permainan video berdasarkan peran dunia kedua. Terdapat banyak ciri menarik dalam permainan ini, seperti permainan solo, pertempuran royal dan banyak lagi.
Hari ini, EA dan Dice mempertontonkan pula video acah buat peta-peta yang hadir dalam permainan video ini. Melalui video ini, ia dilihat terdapat kawasan dari negara Perancis, Holland, Norway, dan Afrika Utara.
Selain daripada memperlihatkan peta-peta yang boleh dimainkan, bentuk permainan seperti pelbagai cabaran, peperangan berdekatan bawah jambatan dan banyak lagi aksi menarik diperlihatkan. Selepas menonton video acah ini, ia membuat saya ingin cuba memainkannya.
Battlefield V akan dikeluarkan pada 20 November 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.