Informasi Permainan Video Terkini
Mod Pertempuran Royale Firestorm Buat Battlefield V Akan Dilancarkan Mac 2019
PC

Mod Pertempuran Royale Firestorm Buat Battlefield V Akan Dilancarkan Mac 2019

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

EA hari ini berkongsi garis masa buat permainan Battlefield V yang mana ianya bakal tiba November ini. Melalui garis masa tersebut, mereka berkongsi sebilangan kandungan buat permainan tersebut apabila ianya dilancarkan kelak.

Garis masa yang dikongsikan oleh EA memperlihatkan sebilangan kandungan-kandungan yang bakal tiba buat permainan tersebut termasuklah kandungan Trial By Fire, yang mana ianya merupakan mod pertempuran Royale yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Berdasarkan garis masa tersebut, mod pertempuran Royale, yang dipanggil Firestorm di dalam permainan ini akan dilancarkan pada Mac 2019. Ini merupakan sesuatu yang agak mengejutkan memandangkan permainan tersebut akan dilancarkan pada November kelak, dan hampir lebih dari 4 bulan kemudian mod tersebut akan dilancarkan.

Walaupun begitu, sepanjang bulan selepas permainan tersebut dilancarkan, EA akan menyertakan pelbagai kandungan yang dibahagi mengikut bahagian dimana bahagian pertama adalah penceritaan utama War Story yang bertajuk The Last Tiger. Terdapat pelbagai lagi kandungan yang bakal tiba dimana anda boleh membaca keseluruhannya di sini.

Namun, EA juga menyatakan bahawa mereka masih lagi akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan selepas daripada senarai yang dikongsikan oleh mereka.

Battlefield V akan dikeluarkan pada 20 November 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN