Skip to main content

EA hari ini berkongsi satu lagi trailer untuk Battlefield V yang memfokuskan permainan solo. Melaluinya anda boleh melihat beberapa watak berlainan yang pemain akan bermain untuk penceritaan bagi permainan ini.

Di dalam permainan ini akan terdapat 4 jalan cerita yang dipanggil sebagai War Stories iaitu Nordlys, Under No Flag, Tirailleur dan The Last Tiger (yang akan hadir selepas permainan dikeluarkan).

Melalui Nordlys, pemain akan menjadi seorang pejuang wanita di Norway yang memperjuangkan bukan sahaja untuk negara tetapi juga untuk keluarga beliau.

Under No Flag, pemain akan menjadi seorang pemuda British yang ditugaskan untuk menghancurkan pangkalan udara Jerman di padang pasir Afrika Utara.

Manakala Tirailleur akan mengikut pasukan tentera Senegal di bawah tentera Perancis. Mereka perlu berjuang untuk satu negara yang bukan tempat lahir mereka.

Menariknya untuk The Last Tiger, pemain akan menjadi pejuang untuk Jerman iaitu tentera yang ‘jahat’ di dalam Perang Dunia Kedua. Melalui penceritaan ini ia mengikut krew kereta kebal Tiger, yang mempersoalkan diri dia sendiri mengenai kepercayaannya.

Melalui trailer tersebut diperlihatkan juga pemain akan berpeluang untuk menjelajah menggunakan ski, kapal terbang serta kereta kebal. Battlefield V akan dikeluarkan pada 20 November 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply