Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Pemenang Anugerah Permainan Terbaik Sempena Acara Level UP KL 2018

Senarai Pemenang Anugerah Permainan Terbaik Sempena Acara Level UP KL 2018

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Level UP KL 2018 baru sahaja tamat minggu ini dimana ketika acara tersebut, terdapat pelbagai pameran dan persidangan permainan video yang dijayakan oleh MDEC.

Selain daripada itu, MDEC juga mengadakan pelbagai acara anugerah sempena acara Level UP KL tersebut dimana antaranya adalah anugerah permainan 2018 di Asia Tenggara, Game Jam 2018 dan termasuklah juga anugerah IPCC 2018.

Anugerah permainan 2018 Asia Tenggara ataupun dikenali SEGA Game Award merupakan acara buat tahun kedua dimana ianya merupakan anugerah khas untuk menyambut dan mengenalkan permainan-permainan yang mempunyai kreativiti dan kandungan yang menarik oleh pembangun permainan di rantau Asia Tenggara.

Dengan lebih dari 100 permainan yang disenaraikan dari studio pembangun dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina, berikut adalah senarai anugerah pemenang di acara Level UP KL 2018.

  • Anugerah Juri Besar : No Straight Roads oleh Metronomik
  • Anugerah Bintang Yang Semakin Meningkat : Songbird Symphony oleh Joysteak Studios
  • Anugerah Teknologi Terbaik : Nightstream oleh Streamline Games
  • Anugerah Seni Visual Terbaik : She And The Light Bearer oleh Mojiken Studio
  • Anugerah Reka Permainan Terbaik : RE: Legend oleh Magnus Games Studio
  • Anugerah Audio Terbaik : Songbird Symphony oleh Joysteak Studios
  • Anugerah Penceritaan Terbaik : Coffee Talk oleh Toge Productions
  • Anugerah Inovasi Terbaik : Simulacra: Pipe Dreams oleh Kaigan Games
  • Anugerah Permainan Oleh Pelajar Terbaik : Terminus Lockdown oleh Glenmarie Games dari KDU Universiti
  • Anugerah Pilihan Penonton : Iteno oleh Why Creative

Selain itu, MDEC juga menganjurkan acara SEA Game Jam dimana ianya merupakan satu acara yang meletakkan sebilangan pembangun untuk menghasilkan permainan selama 36 jam. Acara tersebut berlangsung pada 27 hingga 28 Oktober lepas dan 3 pasukan yang menghasilkan permainan terbaik adalah:

  • Tempat Pertama : It Will Be Mine oleh Pasukan C, terdiri daripada Nikko Soetjoadi, Loh Chang Zhen, Haikal Izzuddin, Ruby Lee Hock Siang dan Khor Zee Yee.
  • Tempat kedua : Perfect Life oleh Pasukan E, terdiri daripada Chia Pek Harn, Muhammad Abdul Karim, Hafiz Azman, Syahami dan Chew Tong Sim.
  • Tempat Ketiga: Chasing Dreams oleh Pasukan A, terdiri daripada Justin Oon Chun Xiong, Alvin Tjhie, Kevin Lau Lee Yong, Narendra Arief Nugraha, Sayeed Mohammad Muntasir dan Aida Afiqah.

Selain itu, acara Level UP KL juga berkongsi senarai pemangn untuk IPCC (Intellectual Property Creators’ Challenge) 2018 iaitu satu platform untuk bakal tempatan berkongsi hak intelek kreatif mereka. Berikut adalah senarai pemenang dimana mereka memperoleh geran sebanyak RM50,000 dan lesen untuk Adobe Creative Cloud:

  • The Plight : Prologue oleh Cellar Vault Games
  • Ageless oleh Bala Vicknesh A/L S Ravichanthiran
  • Rokudo oleh Heaven Tales Entertainment
  • Monsoon Merchants oleh Centaur Games
  • Mecha Royale Online oleh Illogical Games

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat kesemua pemenang dan bagi anda yang berminat untuk menyertai ataupun menghadiri acara Level UP KL, bagi acara seterusnya, MDEC telahpun mengumumkan bahawa mereka akan mengadakannya pada 2 hingga 6 November 2019 kelak dan sebarang informasi lanjut berkenaannya akan kami kongsikan pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN