Informasi Permainan Video Terkini
Level Up KL Seterusnya Bakal Diadakan Pada 2 Hingga 9 November 2019

Level Up KL Seterusnya Bakal Diadakan Pada 2 Hingga 9 November 2019

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Level Up KL adalah acara tahunan yang diketuai oleh MDEC dimana mereka memfokuskan pembangunan permainan video. Acara ini bertujuan untuk menyatukan pembangun-pembangun permainan disamping memberi peluang kepada perserta untuk belajar dan berkongsi ilmu berkenaan industri permainan video bukan sahaja dari Malaysia, malah dari seluruh Asia Tenggara.

Minggu ini berlangsungnya acara Level Up KL 2018 di Bangsar South, Kuala Lumpur dimana terdapat pelbagai acara persidangan yang dikongsikan sepanjang sesi acara tersebut dimana kesemuanya memfokuskan industri permainan video

Ketika acara tersebut, terdapat pelbagai acara dan pameran yang di adakan. Dari pameran permainan video sehinggalah persidangan dan diskusi berkenaan industri permainan video. Namun, bagi kesemua perkongsian tersebut, akan kami kemaskini pada masa akan datang.

Ketika acara penutup Level Up tersebut, Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden MDEC menyatakan bahawa acara tersebut bakal kembali tahun hadapan pada 2 hingga 6 November 2019.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi tambahan termasuklah senarai pameran dan persidangan yang bakal mereka adakan setelah pihak MDEC mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN