Dengan pelancaran permainan Resident Evil 2 yang semakin hampir pada 25 Januari 2019 ini, Capcom hari ini berkongsi sebilangan rupa bentuk kostum-kostum tambahan yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Antara kostum yang dipaparkan adalah kostum Noir untuk Leon dan Claire. Selain itu, Capcom juga memperlihatkan kostum Military dan kostum Sheriff juga untuk Claire dan Leon.

Kostum-kostum ini akan disertakan buat mereka yang membeli permainan tersebut melalui edisi Deluxe bermula dengan harga RM248, yang mana juga akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan yang lain seperti muzik retro dan juga senjata tambahan.

Bagi anda yang ingin melihat kostum-kostum tersebut dipakaikan, Capcom juga berkongsi video acah yang mana mereka memperlihatkan rupa bentuk kostum tersebut melalui laman rasmi Facebook mereka.

Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ketika acara PSX SEA 2018 yang berlangsung Ogos lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut. Bagi anda ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.

Sohor Kini