Informasi Permainan Video Terkini
Watak Bullseye Disahkan Melalui Trailer Baharu Untuk Siri Netflix Marvel’s Daredevil

Watak Bullseye Disahkan Melalui Trailer Baharu Untuk Siri Netflix Marvel’s Daredevil

Diterbitkan pada Okt 8, 2018 oleh .

Beberapa hari yang lepas, Netflix memperlihatkan trailer penuh pertama untuk Marvel’s Daredevil. Di dalam trailer tersebut, diperlihatkan Daredevil melawan dengan satu watak yang memakai kostum beliau. Ramai yang mengatakan watak tersebut adalah Bullseye.

Kini, Netflix mengeluarkan satu lagi trailer yang memperkenalkan watak Agent Poindexter. Benjamin Poindexter merupakan antara nama yang digunakan oleh Bullseye. Bullseye mempunyai beberapa kebolehan tetapi yang utama adalah membaling sesuatu barangan dengan kuat dan tepat.

Melalui trailer terbaru ini serta trailer yang lepas, boleh di katakan, Bullseye akan bekerjasama dengan Wilson Fisk untuk melawan Daredevil. Musim ketiga Marvel’s Daredevil akan tiba di Netflix pada 19 Oktober 2018.


TIPS & ULASAN