Selepas mengacah dengan video pendek sebelum ini, Netflix hari ini akhirnya mengeluarkan trailer penuh untuk musim ketiga bagi siri Marvel’s Daredevil.

Kami boleh katakan yang trailer tersebut membuatkan kami sangat tidak sabar untuk menonton terus satu musim siri ini. Selain memperlihatkan Wilson Fisk yang dibebaskan dari penjara, meneruskan usaha beliau untuk menentang Matt Murdock ataupun Daredevil.

Menariknya, Wilson Fist menggunakan cara yang lebih licik apabila  meminta orang lain, memakai kostum Daredevil (mungkin Bullseye) dan bertindak lebih kejam. Dengan kata lain, Daredevil akan melawan Daredevil untuk musim ini.

Musim ketiga Marvel’s Daredevil akan tiba di Netflix pada 19 Oktober 2018.

Sohor Kini