Skip to main content

Pagi tadi kami laporkan filem aksi nyata Mega Man akan difilemkan. Ini mungkin masuk akal kerana Megaman ialah watak permainan video yang amat terkenal dan diminati. Tetapi sebuah lagi permainan video akan turut diadaptasi dan ia adalah Dance Dance Revolution menurut laporan Deadline.

Di dalam filem ini, DDR ialah permainan video yang digunakan untuk menyelamatkan bumi dari serangan makhluk asing. Hanya kuasa dansa akan menghukum penceroboh yang cuba memusnahkan bumi. Ia akan diterbitkan oleh Konami dan Branded Pictures Entertainment.

Ini adalah adaptasi yang kami rasakan aneh dan merisaukan kerana Branded Pictures Entertainment tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam penerbitan filem. Malahan boleh dikatakan kesemua filem adaptasi permainan video setakat ini mengecewakan.

Leave a Reply