Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Bakal Menghasilkan Filem Aksi Nyata Untuk Mega Man

Capcom Bakal Menghasilkan Filem Aksi Nyata Untuk Mega Man

Diterbitkan pada Okt 4, 2018 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan Mega Man pula akan dijadikan filem aksi nyata. Filem ini akan ditulis oleh Henry Joost dan di arah oleh Ariel Schulman yang mengarah filem seperti Nerver serta siri filem Paranormal Activity.

Ia akan diterbitkan oleh 20th Century Fox. Menurut Capcom lagi, mereka ingin filem ini menarik minat bukan sahaja pemain permainan video tetapi juga untuk yang meminati filem aksi. Filem ini akan mengekalkan dunia permainan Mega Man dan menyertakan pelbagai elemen produksi dan keseronokan filem-filem Hollywood.

Dengan pengumuman ini, Mega Man akan menjadi satu lagi permainan dari Capcom yang akan dijadikan filem aksi nyata. Resident Evil sudah mempunyai beberapa filem dan mereka juga sebelum ini mengumumkan filem Monster Hunter akan diterbitkan yang dibintangi oleh Milla Jovovich.


TIPS & ULASAN