Informasi Permainan Video Terkini
Google Melibatkan Diri Di Dalam Penstriman Permainan Video Melalui Projek Stream

Google Melibatkan Diri Di Dalam Penstriman Permainan Video Melalui Projek Stream

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Penstriman permainan video sudah menjadi sesuatu yang dibincangkan sejak kebelakangkan ini. Sony mempunyai perkhidmatan Playstation Now, manakala Microsoft mengumumkan mereka juga akan hadir dengan perkhidmatan tersebut.

Google yang sebelum ini diura-urakan bakal hadir dengan konsol tersendiri kini hadir dengan projek yang memfokuskan kepada penstriman permainan video.

Melalui projek Stream, Google ingin menghasilkan teknologi terbaik untuk penstriman permainan video. Mereka akan melakukannya dengan menguji untuk membolehkan permainan Assassin’s Creed Odyssey di mainkan di browser Chrome.

Google membuka projek ini untuk diuji oleh orang awam, akan tetapi ia adalah terhad serta terbuka untuk pemain berumur 17 tahun ke atas dan menetap di Amerika Syarikat sahaja. Google juga mengatakan untuk percubaan ini, ia memerlukan kelajuan internet sekurang-kurangnya 25Mb sesaat.


TIPS & ULASAN