Informasi Permainan Video Terkini
PowerA Melancarkan Alat Kawalan Nintendo Switch Edisi Krom

PowerA Melancarkan Alat Kawalan Nintendo Switch Edisi Krom

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Lanjutan daripada Hori yang melancarkan alat kawalan dengan rekaan seperti GameCube pada bulan lepasPowerA turut ingin perkenalkan sejenis alat kawalan yang unik khusus untuk Nintendo Switch.

Alat kawalan ini mempunyai susun atur yang hampir sama dengan Pro Controller. Bezanya adalah – alat kawalan ini berwayar dan tiada sokongan sensor gerakan.

Alat kawalan untuk Switch dari PowerA ini membawakan tema-tema dari watak popular permainan Nintendo iaitu, Princess Peach, Link dengan tema biru dari edisi Breath of The Wild, Mario dan juga Samus Aran dari Metroid. Menjadikan ia lebih unik adalah warna tema-tema ini adalah berdasarkan warna krom. Dengan kesan berkilat serta mempunyai pantulan cahaya yang cantik.

Alat kawalan ini sudah pun mula dijual secara atas talian di Amerika Syarikat. Ia dijual pada harga $29.99 (~RM122) sahaja. Di Malaysia, jika anda ingin dapatkan alat kawalan ini – anda boleh nantikan pekedai-pekedai membawa masuk.


TIPS & ULASAN