Informasi Permainan Video Terkini
Samsung Menawarkan Peluang Bermain Fortnite Bersama ‘Ninja’
Artikel Berkaitan

Samsung Menawarkan Peluang Bermain Fortnite Bersama ‘Ninja’

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

Ninja adalah seorang penstrim permainan yang terkenal kerana permainan pertempuran royal Fortnite. Pada pelancaran Samsung Galaxy Note 9, Fortnite untuk Android adalah eksklusif untuk peranti ini. Nampaknya, Samsung kini meneruskan lagi promosi Galaxy Note 9 dengan menawarkan peluang bermain Fortnite bersama Ninja.

Tawaran ini bukan sahaja terhad kepada Samsung Galaxy Note 9 sahaja, tetapi juga pengguna Samsung Galaxy Tab S4 turut berpeluang. Pengguna dua peranti Samsung ini hanya perlu berkongsi gambar atau video bermain Fortnite menggunakan Galaxy Skin dengan meletakkan tagar khas.

Bagi yang bertuah, akan layak memenangi peluang bermain Fortnite bersama Ninja, membawa pulang set Cross-Platform Gamer Pack (Televisyen QLED Samsung 65″ + Set fon kepala pembatalan hingar AKG), atau salah satu daripada televisyen atau set fon kepala tadi. Bagi pengguna baru pula yang membeli Galaxy Note 9 atau Galaxy Tab S4 sebelum 30 September akan menerima 10,000 V-bucks dan Galaxy Skins.

Sayang sekali, peluang ini hanya dibuka buat pengguna di Amerika Syarikat. Harapnya, Samsung kelak boleh beri peluang kepada permain Fortnite di Malaysia juga.


TIPS & ULASAN