Sebelum ini, terdapat ura-ura berkenaan permua Fortnite akan dilancarkan di peranti telefon pintar Samsung Galaxy Note 9 dahulu, dan kini Epic Games akhirnya mengumumkan bahawa ianya kini tiba di peranti Android. Namun peranti Samsung Galaxy masih akan mendapat akses lebih awal, manakala peranti Android lain akan tiba secara berperingkat.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua ini, pendaftaran beta buat versi Android permua tersebut kini dibuka dan boleh membuat pendaftarannya melalui pautannya dibawah.

Buat anda yang mempunyai peranti Samsung Galaxy, anda berpeluang untuk mencubanya lebih awal bermula hari ini. Manakala bagi peranti Android lain, menurut Epic Games, ianya akan dilancarkan secara berperingkat pada minggu ini. Bagi senarai peranti yang menyokong permua ini, anda boleh melayari laman ini.

Menariknya, buat pengguna peranti Samsung Galaxy, Epic Games juga akan menyertakan kostum khas ‘Galaxy’ sempena pengguna peranti Samsung Galaxy.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Fortnite dibawah untuk mendaftar diri anda bagi permua Fortnite versi Android. Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permua tersebut tidak akan dilancarkan di Google Play Store dan buat masa sekarang, untuk bermainnya di peranti Android, anda perlu mendapat jemputan khas dari Epic Games.

Daftar : Fortnite Android Beta

Sohor Kini