Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition Diumumkan Buat Playstation 4 Dan Switch

Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition Diumumkan Buat Playstation 4 Dan Switch

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Ketika acara Playstation sempena Tokyo Game Show 2018 ini juga, selain daripada permainan Project Prelude Rune dan Kingdom Hearts 3, Square-Enix juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan Final Fantasy Crystal Chronicles ke konsol Playstation 4 sebagai permainan pernambah-baikkan.

Final Fantasy Crystal Chronicles asalnya merupakan permainan esklusif yang dilancarkan di Nintendo GameCube pada 2004 lepas. Ianya merupakan permainan pertama buat siri Crystal Chronicles yang mana ia  memfokuskan bentuk RPG multi-pemain.

Siri ini juga merupakan salah satu permainan Final Fantasy pertama yang kembali ke konsol Nintendo sejak Final Fantasy VI yang dilancarkan di SNES pada 1994 dan ianya mendapat sambutan ramai dengan bentuk permainannya dan penceritaannya walaupun ianya bukanlah permainan Final Fantasy utama pada 2004 lepas.

Kini tampaknya Square-Enix bakal membawa kembali permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4 bersama-sama juga di konsol Switch yang mana ia dijadualkan untuk tiba pada tahun 2019 ini.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan pernaik-tarafan permainan tersebut masih belum dikongsikan oleh Square-Enix, namun ianya pasti satu berita yang sangat menarik buat mereka yang menyukai siri Final Fantasy Crystal Chronicles lebih dari 10 tahun lalu.


TIPS & ULASAN