Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Mengumumkan Project Prelude Rune Buat Konsol Playstation 4

Square-Enix Mengumumkan Project Prelude Rune Buat Konsol Playstation 4

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

Selain daripada pengumuman berkenaan permainan Kingdom Hearts 3, Square-Enix juga mengumumkan permainan baru dimana buat masa ini, ianya dipanggil Project Prelude Rune buat konsol Playstation 4.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum dikongsikan. Namun, ianya merupakan permainan yang dibangunkan oleh Studio Istolia, dimana ianya diketuai oleh Hideo Baba, dimana beliau sebelum ini terkenal dengan siri Tales Of dari Bandai Namco.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, ianya kelihatan seperti permainan JRPG yang lain dengan visual seakan seperti cat warna air. Walau bagaimana pun, sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman baru oleh Square-Enix pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN