Sebelum ini, Bandai Namco berkongsi berkenaan permainan MMORPG yang mana mereka akan melancarkannya secara esklusif dahulu di Xbox One, iaitu Bless Unleashed.

Kini, mereka mempertontonkan trailer pertama buat permainan tersebut yang mana pada masa yang sama mereka menyatakan pendaftaran buat beta permainan tersebut akan bermula.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini,permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan secara dunia terbuka dengan fungsi pemain lawan pemain bersama pemain lawan musuh. Seperti kebanyakkan permainan MMORPG yang lain, permainan ini juga akan mempunyai sebilangan kelas watak yang mana setiap satunya akan mempunyai kemahiran yang berbeza.

Menurut pembangun, permainan ini dibangunkan khas untuk mereka yang mencari permainan MMORPG yang memfokuskan bentuk permainan secara mendalam dengan visual tinggi bersama dengan keupayaan untuk pertempur dengan pemain.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya lebih awal, Bandai Namco juga menyatakan bahawa pendaftaran buat beta permainan tersebut akan bermula dimana bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftar emel anda melalui laman rasmi permainan tersebut.

Bless Unleashed merupakan permainan MMORPG yang dibangunkan secara percuma dan ianya bakal tiba pada 2019 ini di konsol Xbox One dahulu.

Daftar : Beta Bless Unleashed

Sohor Kini