Bandai Namco hari ini mengumumkan permainan Bless Unleashed iaitu permainan multi-pemain RPG yang dibangunkan oleh Round 8 Studio dari NEOWIZ. Menariknya, ianya akan dilancarkan secara percuma pada awal tahun 2019 secara esklusif dahulu di konsol Xbox One.
Menurut laporan, permainan ini akan memfokuskan bentuk permainna secara dunia terbuka dengan fungsi pemain lawan pemain bersama pemain lawan musuh. Seperti kebanyakkan permainan MMORPG yang lain, permainan ini juga akan mempunyai sebilangan kelas watak yang mana setiap satunya akan mempunyai kemahiran yang berbeza.
Namun, NEOWIZ juga sebelum ini melancarkan permainan multi-pemain di PC, Bless Online yang mana ianya merupakan permainan berbayar dan khas di Steam sahaja.
Ketika artikel ini ditulis, tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh pihak Bandai Namco berkenaan permainan ini. Seperti biasa, jika terdapat sebarang pengumuman lanjut, kami akan kongsinya di Aksiz.