Informasi Permainan Video Terkini
Penambahan Gwent Thronebreaker Akan Dikeluarkan Sebagai Permainan Tersendiri
PC

Penambahan Gwent Thronebreaker Akan Dikeluarkan Sebagai Permainan Tersendiri

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Gwent merupakan permainan kad yang dikeluarkan oleh CD Projekt iaitu pembangun untuk siri permainan The Witcher. Gwent masih di dalam peringkat beta dan akan menerima penambah-baikkan yang besar melalui projek GWENT Homecoming.

CD Projekt sebelum ini mengumumkan yang Gwent akan menerima penambahan penceritaan Thronebreaker. Minggu ini, ketika pengumuman keputusan kewangan, mereka juga mengumumkan yang Thronebreaker tidak lagi akan dikeluarkan sebagai penambahan sebaliknya, akan dikeluarkan sebagai permainan tersendiri.

Menukar nama kepada Thronebreaker: The Witcher Tales, mereka mengatakan permainan ini pertamanya adalah permainan RPG yang mempunyai elemen permainan kad.

Tambah mereka, permainan ini akan mempunyai penceritaan selama 30 jam dan juga akan menyertakan pilihan yang akan memberikan penceritaan yang berbeza.

Walaupun permainan ini menyasarkan pemain Gwent namun, mereka juga berharap ia akan menarik minat pemain lain terutama yang menyukai penceritaan di dalam permainan The Witcher. Setakat ini mereka masih tidak mengumumkan tarikh pengeluaran.


TIPS & ULASAN