Skip to main content

Insomniac Games hari ini mengumumkan sebilangan kandungan DLC yang bakal tiba buat permainan Marvel’s Spider-Man.

Melaluinya, mereka mengumumkan Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps DLC dimana ianya akan menyertakan 3 bahagian baru permainan yang akan memperkenalkan pelbagai misi dan penceritaan baru.

DLC bahagian pertama buat DLC Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps akan dilancarkan pada 23 Oktober ini dengan tajuk Marvel’s Spider-Man: The Heist.

Melaluinya, pemain akan mengembara di kawasan bandaraya New York untuk mencari petunjuk yang ditinggalkan oleh Black Cat. DLC tersebut juga akan menyertakan misi dan cabaran baru buat pemain. Menariknya, melalui DLC ini, Insomniac Games juga akan menyertakan 3 kostum baru yang boleh dinyah-kunci.

Dua lagi DLC yang diumumkan adalah Marvel’s Spider-Man: Turf Wars dan Marvel’s Spider-Man: Silver Lining yang mana ianya bakal tiba pada November dan Disember ini.

Ketika-tiga DLC tersebut boleh dibelikan secara bersama ataupun berasingan dengan harga $9.99(~RM42). Bagi harga pasaran Malaysia, kami akan mengemaskininya apabila pihak Sony mengumumkannya kelak.

Marvel’s Spider-man akan dilancarkan pada 7 September ini secara esklusif buat konsol Playstation 4. Bagi anda yang berminat untuk membaca dan menonton pandang pertama kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.

Pandang Pertama Marvel’s Spider-Man – Bakal Tiba Di PlayStation 4 Pada 7 September Ini

Leave a Reply