Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Berkongsi Pelbagai Permainan Nindies Baru Bakal Tiba Di Switch Sempena Acara Musim Panas Nindies Showcase 2018

Nintendo Berkongsi Pelbagai Permainan Nindies Baru Bakal Tiba Di Switch Sempena Acara Musim Panas Nindies Showcase 2018

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi yang mana Nintendo akan mengumumkan pelbagai permainan keluaran Indie sempena acara Nindies Showcase buat musim panas tahun 2018.

Sememangnya sebahagian permainan yang diumumkan telahpun dilancarkan di PC, namun berikut merupakan segala permainan yang diumumkan ketika acara tersebut yang mana ianya bakal tiba secara khas di konsol Switch.

Antara mengumuman terbesar adalah Into The Breach yang mana kini ianya dilancarkan di konsol Switch. Into The Breach merupakan permainan strategi secara turutan yang dibangunkan oleh Subset Games, dimana ianya terkenal dengan siri FTL.

Sebelum ini permainan tersebut hanya dilancarkan di PC sahaja melalui Steam. Kini tampaknya, versi Switch juga diumumkan yang mana ia dilancarkan hari ini melalui Nintendo eShop. Bagi anda yang berminat, anda boleh membelinya secara digital dengan harga $14.99(~RM62).

Selain itu, Abylight Studios juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Hyper Light Drifter buat konsol Switch pada 6 September ini.

Melalui versi Switch, permainan ini akan menyertakan sebilangan kandungan khas seperti kostum dan sebagainya esklusif buat konsol Switch.

Selain itu, permainan parti multi-pemain Towerfall juga diumumkan buat konsol Switch dimana ianya bakal tiba pada 27 September ini.

Menariknya, melalui versi Switch, Matt Makes Game juga akan menyertakan watak Madeline dari permainan Celeste yang mana juga merupakan permainan yang dibangunkan oleh beliau.

Selain itu, Treasure Stacks juga diumumkan buat konsol Switch yang mana ia merupakan permainan penyusunan blok yang juga mempunyai elemen platformer dan kelengkapan senjata yang menarik. Ketika acara Nindies tersebut, Nintendo menyatakan permainan ini akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini iaitu antara bulan Disember sehingga Mac.

Permainan parti Zarbot juga diumumka, iaitu sebuah permainan yang mana pemain akan bermain sebagai sekumpulan robot dan perlu menewaskan pemain lain ataupun musuh robot pisang.

Menariknya, ianya bakal tiba dahulu buat konsol Switch pada Oktober ini sebelum platform lain.

Bagi anda yang meminati permainan seakan Animal Crassing, Meowza Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Mineko’s Night Market buat konsol Switch dahulu menjelang awal 2019 ini.

Mineko’s Night Market merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain akan mengawal watak Mineko, dimana pemain boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menjahit, membuat hasil kayu dan juga menjual barangan di pasar malam.

Permainan tersebut juga tampaknya memfokuskan lagenda kucing yang pasti membuat pencinta kucing diluar sana menyukai permainan ini.

Samurai Gunn 2 juga diumumkan ketika acara Nindies Showcase sebentar tadi dimana ianya merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pengunaan senjata pedang Samurai dan juga senjata pistol yang menarik.

Melalui permainan ini, ianya juga mempunyai mod multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur dengan pemain lain bersama-sama dengan komik esklusif khas yang bakal tiba buat konsol Switch. Samurai Gunn 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada awal 2019 ini.

Bullet Age merupakan permainan platform yang memfokuskan senjata pedang dan juga senapang dimana pemain berupaya untuk mengembara di dalam permainan tersebut dan juga mod multi-pemain secara koperasi.

Berdasarkan trailer yang dikongsi, pemain juga berupaya untuk menaik-taraf watak dan senjata pemain dengan pelbagai bentuk pengubah-suaian. Ianya merupakan permainan konsol esklusif buat konsol Switch dan bakal tiba pada November 2018 ini.

The World Next Door pula merupakan permainan yang memfokuskan penceritaan dalam bentuk seakan visual novel. Pemain akan mengembara sebagai watak June dan bertempur dengan pelbagai jenis watak sepanjang sesi permainan.

Permainan ini juga akan menyertakan sebilangan bentuk pertempuran tekaria yang pasti akan memberi cabaran buat pemain. Menurut Nintendo, permainan ini bakal tiba buat konsol Switch pada awal 2019 ini.

Level Head pula merupakan permainan platformer yang memfokuskan penghasilan peringkat secara tersendiri oleh pemain. Melaluinya, pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai jenis peringkat platformer dan berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Ianya juga menyokong mod multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bermain secara empat pemain serentak. Menurut Nintendo, ianya bakal tiba pada November 2018 ini.

King Of The Hat juga diumumkan bakal tiba buat konsol Switch. Ia merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pemain untuk memusnahkan topi pihak musuh.

Permainan ini juga mempunyai bentuk multi-pemain dan juga pelbagai jenis watak yang pasti buat pemain akan terus bermain. Ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada awal 2019.

Untitled Goose Game pula merupakan permainan simulasi angsa dimana pemain akan bermain sebagai seekor angsa dan pemain berupaya untuk melakukan pelbagai kekacauan seperti mencuri topi manusia, mencuri lobak dan sebagainya.

Ketika acara Nindies Showcase tersebut, permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada awal 2019 buat konsol Switch.

Selain daripada itu, Nintendo juga mengumumkan sebilangan permainan lain dimana kami akan senarainya di sini:

  • Desert Child bakal tiba Disember 2018
  • Wastelaand 2: Director’s Cut bakal tiba 13 September
  • Bastion bakal tiba 13 September
  • The Messenger bakal tiba 30 Ogos
  • Undertale bakal tiba 18 September
  • Jackbox Party Pack 5 bakal tiba Oktober 2018
  • Transistor bakal tiba November 2018
  • Dragon: Marked For Death bakal tiba 13 Disember
  • Light Fingers bakal tiba 20 September
  • Superbrothers: Sword & Sworcery EP bakal tiba Oktober 2018

Selain itu Nintendo juga mengumumkan saluran khas buat konsol Switch yang memfokuskan permainan Nindies. Melaluinya, pemain berupaya untuk melihat berita pelbagai informasi berkenaan permainan Nindies secara terus melalui konsol Switch.


TIPS & ULASAN