Bandai Namco hari ini mengumumkan watak terbaru buat permainan perlawanan Soul Calibur VI, iaitu Azwel. Menurut Bandai Namco, watak ini merupakan salah satu watak teras yang bakal tiba secara bersama apabila ia dilancarkan.
Azwel merupakan watak baru yang tiba secara khas di Soul Calibur VI dimana beliau berupaya untuk menghasilkan senjata di atas udara.
Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakan. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.