Overwatch adalah permainan tembak menembak pandang pertama berkumpulan. Ia juga merupakan antara permainan paling popular sehingga turut terdapat pasukan e-sukan tersendiri. Populariti permainan ini menyebabkan Nike menghasilkan kasut Nike Air Force 1S bertemakan wira-wira dari Overwatch.
옵버 커스텀운동화 전시중이었음 pic.twitter.com/h8WorLKDtE
— 엘든링하실래요? (@mercy76_pistol) August 22, 2018
Kasut Nike Air Force 1S dengan tema wira-wira Overwatch ini dipamerkan di Korea Selatan pada acara Overwatch Fan Festival. Setiap kasut ini bukan sahaja menggunakan tema warna – tetapi juga dengan kemasan seperti logo wira dan juga elemen-elemen pada bahagian sisi dan tumit.
Kasut ini adalah hasil daripada kerjasama upboy_custom dengan Nike. Sebelum ini kita telah dilihatkan dengan kasut Adidas bertemakan Dragon Ball.