Skip to main content

Pada dua minggu lepas, telah kami laporkan di mana kasut Adidas bertemakan Dragon Ball Z tertiris. Ia hadir dengan rekaan watak Cell. Kini, kasut Adidas ini rasmi dan ia hadir dengan rekaan watak Goku dan juga Frieza.

Dilaporkan oleh Sneaker News, kasut Adidas dengan rekaan Goku ini adalah berdasarkan model ZX500 RM. Manakala untuk rekaan Frieza pula ia adalah berdasarkan Yung-1.

Kasut Adidas Goku ini hadir dengan rekaan kostum Goku. Terdapat kemasan “koyak” seakan lengan baju Goku, berwarna jingga dan sedikit elemen unggu. Manakala, untuk kasut Adidas Frieza pula – ia hadir dengan elemen watak itu sendiri iaitu berwarna putih dan sedikit elemen berwarna unggu.

Tiada lagi harga atau tarikh pelancaran. Tetapi apa yang pasti, kasut Adidas ini memang unik. Jika pembaca Aksiz adalah peminat siri Dragon Ball Z – adakah anda akan memilikinya jika ia dilancarkan tidak lama lagi?

Leave a Reply