Trinket Studios minggu ini mengumumkan bahawa mereka akhirnya akan membawa permainan Battle Chef Brigade ke konsol Playstation 4. Sebelum ini permainan tersebut telahpun dilancarkan di Switch dan PC.
Kini melalui pelancarannya di konsol Playstation 4, Trinket Studios akan membawa edisi khas Battle Chef Brigade Deluxe di konsol tersebut bersama-sama dengan kemaskini percuma buat pemain Switch dan PC.
https://www.youtube.com/watch?v=OnXejx94Zxc
Melalui versi Battle Chef Brigade Deluxe, Trinket Studios menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti Chef baru Ziggy dan juga keupayaan untuk bermain secara multi-pemain secara luar-talian.
Selain itu, Trinket Studios juga memperkenalkan mod pertahan diri seperti ‘Survival Mode’ dan ‘Free Play Mode’ bersama-sama dengan kawasan baru dan juga mod galeri.
Bagi anda yang berminat, ianya akan tiba pada 28 Ogos ini di konsol Playstation 4. Manakala pemain Switch dan PC, Trinket Studios akan menyertakan kemaskini percuma pada tarikh yang sama buat permainan tersebut.