Monument Valley merupakan permua tekaria yang dibangunkan oleh USTWO Games. Kami sebelum ini melaporkan yang permua tersebut telah terjual sebanyak 3 juta unit selepas setahun dikeluarkan.

Menariknya, menurut laporan oleh Deadline, permua tersebut kini akan menerima filem aksi nyata tersendiri. Paramount Pictures dan Weed Road Pictures telah memilih Patrick Osborne untuk mengarah filem ini.

Menurut Osborne, Monument Valley mempunyai pengalaman yang unik walaupun mempunyai bentuk permainan yang ringkas. Beliau juga mengatakan sangat teruja untuk menerbitkan filem berdasarkan dunia permainan ini.

Ketua USTWO Games Dan Gray mengatakan mereka sudah lama menunggu untuk membawa dunia Monument Valley ke skrin besar dan sangat gembira dengan kerjasama antara mereka dan Paramoun, Weed Road serta Patrick Osborne untuk menerbitkan filem ini.

Monument Valley adalah satu permainan yang menarik dengan rekaan dunia yang unik dan agak menarik jika ia dijadikan sebagai satu filem.

Sohor Kini