Skip to main content

Monument Valley 2 yang dikeluarkan pada tahun lepas merupakan sambungan kepada permua Monument Valley yang dikeluarkan pada 2014 dan dibangunkan oleh USTWO Games.

Menurut laporan yang dikongsi oleh USTWO Games, Monument Valley 2 terjual sebanyak 3 juta unit selepas setahun dikeluarkan. Melalui penjualan ini mereka mengutip pendapatan sebanyak $10 juta.

Jika mengikut platfrom, permua ini terjual sebanyak 2 juta unit di iOS manakala selebihnya di Android (melalui Google Store, Amazon Store dan juga kedai tempatan). Dari segi negara China mendahului dengan 64% pembelian adalah dari negara tersebut diikuti dengan Amerika Syarika 16.3$ dan UK 2.7%.

Walaupun ini merupakan kejayaan yang baik untuk mereka akan tetapi mereka masih mengatakan dengan keadaan pasaran sekarang, menghasilkan permua adalah satu perniagaan yang sukar. Bagi mereka Monument Valley merupakan satu kes yang unik kerana mendapat kejayaan yang di-luar jangkaan mereka sendiri.

Tahniah kami ucapkan untuk USTWO dan kami merasakan permua ini layak untuk mendapat kejayaan ini kerana ia merupakan permua yang sangat berbaloi.

Leave a Reply