Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Pengeluaran Shenmue I Dan II Disahkan – Bakal Tiba Pada 21 Ogos 2018
PC

Tarikh Pengeluaran Shenmue I Dan II Disahkan – Bakal Tiba Pada 21 Ogos 2018

Diterbitkan pada July 3, 2018 oleh .

Kemaskini – 4 Jun 2018

SEGA akhirnya mengesahkan tarikh pengeluaran untuk Shenmue I dan II iaitu 21 Ogos 2018. Anda kini boleh pra-tempah di Steam dengan harga RM115.20 iaitu potongan 10% dari harga asal RM128. Buat masa ini permainan ini tidak disenaraikan  di PlayStation Store untuk Malaysia akan tetapi jika mengikut harga di Amerika Syarikat ia dijual dengan harga $29.99 (RM121).

Artikel asal

Shenmue I dan II sebelum ini disahkan oleh SEGA akan dikeluarkan semula untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Walaupun dinyatakan akan dikeluarkan pada tahun ini tetapi tiada tarikh yang dikongsikan.

Kini melalui penyenaraian di Microsoft Store, permainan tersebut kini boleh di pra-tempah dan tarikh pengeluaran adalah 21 Ogos 2018. Penyenaraian ini adalah untuk Xbox One akan tetapi kami menjangkakan ia juga untuk platform yang lain.

Shenmue I dan II edisi baru ini akan menyokong grafik 1080P, grafik yang dipertingkat, kawalan mod dengan pilihan kawalan klasik. pilihan dwi bahasa dan antaramuka yang dikemaskini. Bagi mereka yang ketinggalan untuk memainkan dua permainan ini, anda boleh menikmatinya sekarang sebelum pelancaran Shenmue III yang ditunda ke tahun 2019.


TIPS & ULASAN