THQ Nordic kali ini tampaknya semakin mengembangkan senarai permainan mereka dimana kali ini, mereka mengumumkan bahawa dua hak intelek permainan yang dibangunkan oleh Free Radical Design iaitu siri Timesplitter dan Second Sight kini dimiliki oleh mereka.

Timesplitter merupakan permainan yang dilancarkan lebih dari 10 tahun lepas merupakan permainan penembak pandang pertama yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk arah seni dan penceritaannya yang menarik kini sudahpun menjadi hak milik THQ Nordic. Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan oleh Eidos Interactive dan EA.

Selain daripada permainan Timesplitter, permainan Second Sight juga kini dimiliki oleh THQ Nordic yang asalnya dilancarkan oleh Codemaster. Kedua-dua pemilikian ini dilakukan melalui Koch Media yang mana ia juga sebahagian daripada Deep Silver.

Walaupun kedua-dua permainan tersebut sememangnya dibangunkan oleh Free Radical Design, yang mana kini dikenali sebagai Dambuster Studios, iaitu studio pembangun dibawah Deep Silver. Namun, hak inteleknya sebelum ini dimiliki oleh pihak lain.

Dengan perolehan ini, sekaligus pihak THQ Nordic kini memiliki kebebasan untuk melancarkan sebarang permainan berdasarkan hak intelek kedua-dua permainan tersebut. Ini juga bermakna kita mungkin akan mendapat permainan baru buat kedua-dua siri tersebut pada masa akan datang, ataupun permainan koleksi pernambah-baikkan.

Buat masa ini THQ Nordic tidak berkongsi sebarang rancangan mereka buat permainan tersebut, namun kami percaya mereka tidak akan mensia-siakan perolehan ini.

Sohor Kini