Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini New Game+ Bakal Tiba Buat Overcooked! 2

Kemaskini New Game+ Bakal Tiba Buat Overcooked! 2

Diterbitkan pada Ogos 15, 2018 oleh .

Team17 hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kemaskini New Game+ buat Overcooked! 2.

Melaluinya, Team17 akan memperkenalkan tahap yang baru dimana pemain yang telah tamat bermain permainan tersebut, kemaskini New Game+ akan membenarkan pemain untuk bermain setiap peringkat permainan dengan tahap bintang ke empat yang baru.

Overcooked! 2 telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 7 Ogos lepas. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh berbuat demikian di pautan dibawah.

Ulasan Overcooked! 2 – Permainan Koperasi Yang Sangat Menguji Persahabatan


TIPS & ULASAN