Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Sumo Digital memiliki studio pembangun Newcastle CCP Games dan nampaknya Sumo Digital mengembangkan lagi jajahan mereka dimana kini, The Chinese Room iaitu pembangun permainan seperti Dear Esther dan Everybody Gone To Rapture, kini dimiliki oleh Sumo Digital.

Melaluinya, The Chinese Room akan menjadi sebahagian daripada Sumo Digital dimana Dan Pinchbeck iaitu pengasas studio tesebut akan menjadi pengarah kreatif buat studio tersebut.

Menurut Dan Pinchbeck, beliau menyatakan yang mana Sumo Digital akan memberi mereka sokongan dan pengalaman yang mereka perlukan untuk membawa The Chinese Room ke peringkat seterusnya. Beliau juga berharap melalui tindakan ini, mereka akan membawa permainan baru yang menarik buat peminat.

Pada masa yang sama, beliau juga mengesahkan bahawa mereka sedang menghasilkan satu konsep permainan yang baru dan ianya sedang berada di dalam beberapa peringkat pembangunan.

Sememangnya ini satu berita yang menarik, memandangkan dengan hasil kerjasama antara kedua-dua studio pembangun tersebut, sudah pastinya mereka akan membawa pelbagai permainan menarik pada masa akan datang.

Leave a Reply