Sumo Digital, iaitu pembangun permainan seperti Crackdown 3 dan Snake Pass kini memiliki CCP Games Newcastle yang mana mereka terkenal dengan permainan EVE: Valkyrie yang dilancarkan di Playstation VR tahun lepas.

Menurut Sumo Digital, kesemua 34 staf yang terdapat di CCP Games akan ditempatkan di tempat asal mereka Newcastle dan studio tersebut akan diketuai Owen O’Brien sebagai pengarah studio tersebut. Perkembangan ini mereka studio pembangunan permainan mereka yang keempat yang mana kini mereka akan mengembangkan lagi dari segi kapasiti dan pengalaman buat studio tersebut.

Menurut Paul Porter, pengarah pengurusan Sumo Digital menyatakan bahawa perkembangan ini akan memberi peluang yang baik untuk menambahkan lagi pasukan pembangun permainan yang berbakat dan berpengalaman untuk projek mereka selepas ini.

Menariknya dengan perkembangan ini, kita mungkin akan mendengar lebih banyak informasi lanjut berkenaan permainan Project Nova yang diumumkan oleh mereka baru-baru ini.

Sohor Kini