Sebelum ini, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan menunda permainan Dark Souls Remastered but konsol Switch dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut bagi pasaran Malaysia iaitu pada 18 Oktober ini

Menariknya, seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Amiibo khas rekaan Solaire of Astora juga akan dilancarkan pada hari yang sama dimana melalui Amiibo tersebut, pemain berupaya untuk melakukan gaya “Praise The Sun”. Namun menurut Bandai Namco, gaya tersebut juga boleh didapatkan melalui sesi permainan biasa.

Menariknya juga, versi Switch ini juga akan menyertakan kesemua DLC dan menyokong multi-pemain sehingga 6 pemain serentak secara atas-talian.

Dark Souls Remastered merupakan permainan pernambah-baikkan yang memfokuskan bentuk aksi RPG dan dibangunkan oleh From Software. Ia asalnya dilancarkan pada 2011 lepas di konsol Playstation 3 dan Xbox 360.

Bagi anda yang berminat untuk bermain Dark Souls Remastered secara mudah-alih di konsol Switch, nantikan pelancaran permainan tersebut menjelang Oktober ini.

Sohor Kini