Pada bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan pernambah-baikkan Dark Souls pertama bakal tiba buat konsol Switch ketika acara Nintendo Direct.
Due to the nature of causality, we must announce that the Nintendo Switch version of #DarkSoulsRemastered will be pushed back to summer of 2018, and with it, the release of the Solaire of Astora amiibo.
PC/PS4/X1 versions will maintain their May 25th release date.
— Dark Souls (@DarkSoulsGame) April 17, 2018
Kini, melalui akaun rasmi Twitter permainan Dark Souls, mereka menyatakan bahawa permainan tersebut akan ditundakan dan dilancarkan pada musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September.
Dengan pengumuman tersebut juga, Bandai Namco juga menyatakan Amiibo, Solaire of Astora juga akan ditunda secara bersama. Bandai Namco tidak berkongsi kenapa permainan tersebut ditundakan.
Akan tetapi, permainan Dark Souls Remastered bagi versi Playstation 4, Xbox One dan PC tidak akan terjejas dimana ia masih lagi akan tiba pada 25 Mei ini.
Ini merupakan satu berita yang agak mengecewakan bagi pengguna Switch, memandangkan siri permainan tersebut bakal pertama kalinya tiba di konsol Nintendo dan kini tampaknya pemain perlu menantikannya dengan tempoh masa yang lebih lama.