Skip to main content

Dengan pelancaran fungsi atas-talian Nintendo Switch Online yang semakin hampir September ini. Nintendo hari ini berkongsi satu paparan skrin khas di akaun rasmi Twitter mereka yang memperlihatkan fungsi Classic Game Selection, iaitu fungsi untuk bermain permainan klasik Nintendo di konsol Switch dengna menggunakan fungsi Nintendo Switch Online.

Melaluinya, mereka memperlihatkan permainan Super Mario Bros. 3 yang dilancarkan di konsol NES hampir 30 tahun lepas. Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Nintendo tampaknya akan membawa hampir 20 permainan klasik ketika pelancaran servis atas-talian tersebut dimana antaranya adalah permainan Super Mario Bros. 3 tersebut.

Nintendo sebelum ini telah pun berkongsi harga langganan Nintendo Switch Online yang mana ia bermula $3.99(~RM16) untuk sebulan sehinggalah $19.99(~RM78) untuk 12 bulan. Terdapat juga pelan untuk keluarga dengan harga $34.99(~RM138) untuk 12 Bulan anda boleh berkongsi langganan ini bersama dengan 7 lagi keluarga anda.

Seperti anda, kami di Aksiz juga tidak sabar untuk melihat servis atas-talian yang bakal diumumkan oleh Nintendo pada September ini. Sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dikatakan akan tiba pada 30 September ini.

Leave a Reply