Sony Interactive Entertainment melalui penulisan di blog rasmi Playstation mengeluarkan senarai permainan yang paling banyak dimuat-turun di Playstation Store untuk bulan Julai.

Senarai yang dikeluarkan adalah permainan PS4, permainan PSVR, permainan percuma untuk dimainkan, permainan PS Vita, tema untuk PS4 dan permainan PS Classics. Untuk penulisan ini kami akan berkongsi permainan PS4 untuk senarai penuh anda boleh melayari blog Playstation menggunakan pautan di bawah.

Berikut adalah 10 permainan PS4 yang dimuat-turun terbanyak di Playstation Store untuk bulan Julai.

  1. Grand Theft Auto V
  2. Rocket League
  3. No Man’s Sky
  4. FIFA 18
  5. Destiny 2
  6. Darksiders Warmastered Edition
  7. Minecraft: PlayStation 4 Edition
  8. Fallout 4
  9. Need for Speed
  10. Horizon Zero Dawn: Complete Edition

Seperti bulan lepas permainan yang lama mengungguli senarai dan Grand Theft Auto V, permainan yang dikeluarkan 5 tahun lepas mendahului dua bulan berturut-turut. Ini kemungkinan disebabkan GTA Online tersebut baru sahaja menerima penambahan After Hours.

Sohor Kini