Episod pertama The Walking Dead – The Final Season bakal tiba minggu hadapan dan hari ini, Telltale Games mempertontonkan trailer terbaru khas buat permainan tersebut.
Trailer tersebut memaparkan sebilangan adegan-adegan permainan dan bagi anda yang pernah bermain permainan The Walking Dead musim pertama, anda pasti akan terkenang semula watak Lee Everet, iaitu watak utama di dalam permainan musim pertama. Melalui trailer ini, Clementine tampaknya sering menyebut nama beliau bersama-sama mengingat semula saat beliau bersama Lee.
Selain itu, bagi anda yang ingin mencuba permainan ini sebelum membelinya, Telltale Games juga melancarkan demo permainan tersebut secara percuma dimana anda berpeluang untuk mencubanya.
The Walking Dead โ The Final Season akan dikeluarkan pada 14 Ogos 2018 bermula dengan episod pertamanya di Playstation 4, Xbox One dan PC. Versi Switch pula akan tiba pada penghujung tahun ini.