Sebelum ini, Nintendo menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk membawa permainan realiti-maya buat permainan-permainan mereka.
Namun begitu, kenyataan mungkin berbeza dengan apa yang diperlakukan oleh mereka dimana kini, pengguna Twitter random666_kys, menemui satu fungsi yang tersembunyi di dalam konsol Switch yang mana ia mempunyai fungsi realiti-maya, dimana ia akan membahagi skrin konsol tersebut kepada dua, seakan seperti fungsi realiti-maya yang diperlakukan di peranti telefon pintar.
https://twitter.com/random666_kys/status/1027156369877749760
Walaupun begitu, ini tidak bermakna fungsi realiti-maya akan tiba secara rasmi di konsol tersebut kerana ini mungkin hanya kod-kod yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh pihak Nintendo ketika pembangunan konsol tersebut.
Namun begitu, dengan adanya fungsi tersebut, tampaknya sememangnya Nintendo sebelum ini berminat untuk membangunkan fungsi realiti-maya buat konsol tersebut.
Mungkin juga pada masa akan datang, kita bakal mendapat fungsi realiti-maya yang membenarkan pemain untuk menggunakan konsol Switch bersama set kepala realiti maya dan alat kawalan JoyCon sebagai alat kawalan utama, memandang JoyCon tersebut sudahpun mempunyai sokongan kawalan secara pergerakkan.