Permainan Let It Die yang mana sebelum ini dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 secara percuma tampaknya kini bakal tiba di PC melalui Steam pada musim luruh tahun ini iaitu antara bulan September sehingga Disember.
GungHo Online Entertainment dan Grasshopper Manufacture hari ini mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di PC tahun ini juga sebagai permainan percuma seperti di versi konsol.
Permainan tersebut, sebelum ini mencapai 4 juta muat-turun di konsol Playstation 4 sememangnya merupakan permainan yang sangat terkenal di kalangan pemain dengan pelbagai kandungan percuma yang disertakan oleh pembangun.
Let It Die merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup bersama-sama dengan multi-pemain dimana ianya dilancarkan di Playstation 4 pada 2016 lepas. Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya secara percuma melalui Playstation Store, manakala buat pemain PC, anda bakal mendapatkannya kelak melalui Steam.