Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV Telah Terjual Sebanyak 7.7 Juta Salinan Seluruh Dunia
PC

Final Fantasy XV Telah Terjual Sebanyak 7.7 Juta Salinan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Final Fantasy XV merupakan permainan terbaru untuk siri Final Fantasy oleh Square Enix. Permainan JRPG ini yang sudah menerima pelbagai penambahan kandungan selepas dikeluarkan pada tahun 2016.

November tahun lepas, kami melaporkan yang permainan ini telah terjual sebanyak 6.5 juta unit. Manakala, Februari lepas Square Enix mengatakan mereka telah mencapai jualan sebanyak 7 juta unit. Kini, melalui laporan terbaru permainan tersebut telah terjual sebanyak 7.7 juta unit.

Kami menjangkakan penambahan sebanyak 700 ribu unit berbanding Februari lepas adalah dengan bantuan pengeluaran versi PC iaitu pada Mac lepas. Menurut mereka lagi, pencapaian ini menjadikan Final Fantasy XV merupakan permainan Final Fantasy paling cepat mencapai hasil jualan tersebut.

Walaupun ini merupakan satu pencapaian yang baik bahkan sudah menguntungkan, namun, Square Enix masih mensasarkan ia akan terjual sebanyak 10 juta unit.


TIPS & ULASAN