Informasi Permainan Video Terkini
Fallout 76 Untuk PC Tidak Akan Hadir Melalui Steam
PC

Fallout 76 Untuk PC Tidak Akan Hadir Melalui Steam

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Fallout adalah satu permainan RPG bertempatkan didunia pasca serangan nuklear. Terbaru dari Bethesda Softworks adalah, Fallout 76. Jika permainan Fallout sebelum ini adalah adalah bermain secara solo – Fallout 76 memfokuskan permainan multi-pemain.

Selepas berita mengecewakan daripada Bethesda, Fallout 76 tidak menyokong rentas platform disebabkan polisi Sony. Kini, permainan atas talian dengan elemen ketahanan hidup dan binaan ini dilihat tidak akan ditawarkan melalui Steam. Ini adalah pertama siri Fallout tidak ditawarkan melalui Steam.

Perkara ini mula ditemui oleh seorang pengguna apabila melihat cara pemasaran Fallout 76 oleh Bethesda tidak menyertakan sebarang logo Steam, tetapi hanya terdapat logo PC Game biasa sahaja.

Kemudian PC Gamer bertanyakan kepada Bethesda dan mereka menjawab di mana – Fallout 76 ketika pelancaran dan edisi beta tidak akan ditawarkan melalui Steam. Ada juga yang mengatakan, ini hanyalah untuk sementara waktu.

Walaubagaimana pun, jika anda ingin cuba bermain permainan ini lebih awal – anda boleh mula pra-tempahnya sekarang dimana pra-tempahan pemrainan tersebut akan menyertakan akses awal untuk beta esklusif. Beta ini akan mula hadir pada bulan Oktober iaitu lebih kurang sebulan awal sebelum versi penuh dan menariknya, menurut Bethesda Softworks, Beta permainan tersebut merupakan permainan penuh dan segala kemajuan boleh disambung selepas ia dilancarkan secara rasmi 14 November ini.


TIPS & ULASAN