Pada acara San Diego Comic-Con bulan lepas, siri animasi Mega Man untuk kanak-kanak diumumkanMega Man: Fully Charged. Siri animasi ini kini dilancarkan secara rasmi dan boleh distrim melalui Cartoon Network.

Terdapat 10 episod dalam siri animasi Mega Man: Fully Charged ini. Dua percuma ditonton melalui laman penstriman Cartoon Netwrok. Manakala lagi 8 episode, pengguna perlu log masuk ke dalam langganan kabel TV. Ini adalah kerana, siri animasi ini eksklusif untuk Amerika Syarikat.

Dalam episod pertama, Throwing Shade – ia mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Aki, yang boleh berubah menjadi Mega Man. Aki akan bertempur dengan Sgt. Night dan Robot Masters. Aki turut dibantu oleh seekor anjing bernama Rush dan juga Mega Mini (satu watak yang berada di dalam kepala Aki) dan juga Suna Light. Selain itu, Aki turut akan bertempur dengan kembar beliau Namagem – yang dalam pengaruh Sgt. Night.

Sayang sekali, animasi ini tidak ditayangkan di tempat lain selain Amerika Syarikat.

Sohor Kini