Acara San Diego Comic-Con baru sahaja tamat hujung minggu lepas dan antara pengumuman yang menarik daripada Capcom adalah animasi Mega Man yang dinamakan sebagai Mega Man: Fully Charged diumumkan.

Siri animasi ini dihasilkan untuk kanak-kanak yang mana memfokuskan watak Mega Man baru. Selain daripada pengumuman, Capcom turut memperlihatkan video acah animasi ini.

Animasi ini akan hadir bermula 3 Ogos akan datang. Sayang sekali, buat masa ini ia hanya hadir melalui aplikasi penstriman Cartoon Network yang hanya boleh diakses beberapa negara terpilih sahaja.

Sohor Kini