Informasi Permainan Video Terkini
Spesifikasi Minima Untuk Bermain Fortnite Pada Peranti Android Tertiris

Spesifikasi Minima Untuk Bermain Fortnite Pada Peranti Android Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Fortnite versi permua pada mulanya dilancarkan untuk peranti iOS sahaja. Kini versi Android turut diperlihatkan, namun terdapat sedikit isu yang mungkin akan menyukarkan pengguna dimana Epic Games menyatakan Fornite untuk Android tidak akan ditawarkan melalui Google Play Store.

Walau bagaimanapun, pasti peminat Fortnite yang menggunakan peranti Android masih ternanti-nantikan kehadiran permainan pertempuran royale versi permua ini. Oleh itu, melalui XDA – spesifikasi minima untuk sesebuah peranti Android bermain Fortnite tertiris.

  1. Exynos 8895, Exynos 9810 dan ke atas.
  2. Kirin 960, Kirin 970, dan ke atas.
  3. Snapdragon 820 dan ke atas.

Daripada apa yang tertiris, Fortnite versi Android ini dilihat terhad kepada GPU dan bukannya CPU. Jadi, walaupun jika prestasi keseluruhan peranti anda lebih hebat daripada Snapdragon 820 – misal kata adalah Snapdragon 660, GPU Snapdragon 660 adalah lebih rendah. Oleh itu, peranti ini tidak menyokong untuk bermain Fortnite.

Seterusnya adalah, seperti yang dilaporkan sebelum ini – Fortnite akan dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran Galaxy Note 9. Kemudian terdapat laporan dari Android Headlines mengatakan – Fortnite versi Android adalah eksklusif untuk Samsung melalui Galaxy Apps selama lebih kurang empat bulan.

Walaubagaimana pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh Epic Games kelak.


TIPS & ULASAN