Terkini melalui laporan Engadget, menyatakan bahawa Fortnite versi permua buat peranti Android mungkin akan dilancarkan dahulu di peranti telefon pintar akan datang, Samsung Galaxy Note 9 secara esklusif selama 30 hari sebelum tiba buat peranti-peranti Android lain.

Menurut laporan tersebut, sempena pelancaran telefon pintar tersebut, Samsung juga akan mengadakan sesi khas yang memfokuskan permua tersebut dan menyatakan ianya akan tiba secara terbina buat telefon pintar tersebut. Menariknya juga, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa permua tersebut akan mempunyai sokongan Bluetooth Smart S Pen.

Bukan setakat itu sahaja, laporan tersebut juga menyatakan buat mereka yang membuat pra-tempahan untuk telefon pintar tersebut, mereka akan disertakan dengan nilai V-Bucks iaitu mata wang di dalam permainan Fortnite bernilai sehingga $100.

Buat masa ini, pihak Epic Games dan Samsung masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaannya, namun jika ianya adalah betul, ini merupakan sesuatu yang menarik memandangkan pelancaran Samsung Galaxy Note 9 bakal tiba Ogos ini, kita mungkin akan mendapat pelancaran rasmi buat permua Fortnite di Android sekurang-kurangnya pada September ini.

Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut yang diumumkan oleh pihak Epic Games apabila mereka mengumumkannya kelak.

Leave a Reply