Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permua Fortnite buat versi Android mungkin akan dilancarkan bersama dengan telefon pintar Samsung Note 9. Sekaligus ramai tetanya-tanya berkenaan pelancaran permainan tersebut di peranti Android adakahnya ianya hanya esklusif masa ataupun sebaliknya.
Namun kini, CEO Epic Games, Tim Sweeney menyatakan bahawa Fortnite versi Android tidak akan dilancarkan melalui Google Play Store. Sekaligus, bagi mereka yang ingin memuat-turunnya, pemain perlu mendapatkannya melalui laman rasmi Epic Games.
Tindakan ini adalah kerana Epic Games tidak mahu melancarkannya melalui platform pihak ketiga dimana bukan sahaja ia menyusahkan dari segi komunikasi antara pembangun dan pemain malah mereka ingin menjana pendapat buat kandungan permainan tersebut tanpa perlu berkongsi dengan pihak Google.
Tim Sweeney juga menyatakan bahawa platform seperti App Store dan Google Play Store mengecaskan hasil 30% daripada sesuatu pendapatan permainan tersebut, sekaligus ia tidak memberi keuntungan yang tinggi memandangkan kos pembangunan, pasaran dan sebagainya ditanggung oleh Epic Games sendiri.
Walaupun begitu, Epic Games masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya dan sebarang pengumuman berkenaan adakahnya ianya akan tiba secara bentuk APK ataupun sebuah bentuk klien permainan seperti permainan Fortnite di PC.
Bagi anda yang menanti Fortnite di peranti Android anda, tampaknya dengan pengumuman telefon pintar Samsung Note 9 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kita mungkin akan mendapatkan permua Fortnite di Android dalam masa terdekat ini.