Acara Overwatch Summer Games kembali lagi tahun ini dan akan bermula pada 9 Ogos sehingga 30 Ogos. Menjadikan ini adalah kali ketiga cara ini berlangsung ia bermula pada tahun 2016 bersempena sukan Olimpik.

Untuk acara ini mod permainan Lucioball yang diperkenalkan semasa acara Summer Games tahun lepas akan kembali dan bakal berlangsung di peta Busan, Korea Selatan.

Ia menawarkan mod permainan seumpama Rocket League, dimana para pemain akan bermain dalam pasukan untuk menjaringkan gol di gawang lawan – serta memenanginya dengan skor paling tinggi.

Seperti biasa terdapat juga kostum-kostum khas yang akan dikeluarkan bersempena acara ini. Minggu ini Blizzard memperlihatkan kostum untuk watak D.Va, Reinhardt dan Winston.

Seperti acaranya, kostum-kostum tersebut juga berdasarkan sukan. D.Va adakah surfer, Reinhardt berdasarkan america football manakala Winston berdasarkan permainan baseball. Jika anda pengumumpul kostum Overwatch pastikan tidak terlepas untuk mendapatkan kostum-kostum ini, jika bernasib baik dengan sekadar bermain sahaja.

Sohor Kini