Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch Summer Games Kini Aktif Dengan Sejumlah Kandungan Kosmetik Dan Mod Lucioball
PC

Overwatch Summer Games Kini Aktif Dengan Sejumlah Kandungan Kosmetik Dan Mod Lucioball

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Blizzard hari ini telah mula menawarkan penawaran bermusim untuk Overwatch, iatu Overwatch Summer Games. Melaluinya, para pemain Overwatch boleh mendapatkan kandungan kosmetik edisi terhad, selain pada masa yang sama menikmati sebuah mod permainan khusus dinamakan LucioBall.

Melalui kandungan kosmetik, para pemain Overwatch boleh mendapatkan skin untuk watak bagi tempoh terhad, termasuk untuk Sombra, Widomaker, Junkrat, Reaper dan sebagainya. Para pemain juga turut boleh mendapatkan skin yang ditawarkan pada tahun lepas pada harga diskaun sepanjang tempoh Overwatch Summer Games ini.

Overwatch Summer Games

Disamping itu, mod Lucioball turut menjadi tumpuan. Ia menawarkan mod permainan seumpama Rocket League, dimana para pemain akan bermain dalam pasukan untuk menjaringkan gol di gawang lawan – serta memenanginya dengan skor paling tinggi.

Overwatch Summer Games

Bagi anda yang memainkan permainan OVerwatch, boleh menikmati kandungan khusus bersempena Overwatch Summer Games ini bermula hari ini sehingga 29 Ogos 2017 ini.