Skip to main content

Kejohanan EVO 2018 sedang berlangsung sekarang, anda boleh menggunakan pautan ini untuk jadual penuh, berkesempatan dengan acara tersebut Bandai Namco mengumumkan dua lagi watak yang bakal tiba di dalam permainan Soul Calibur VI.

Watak yang diumumkan sudah semestinya dikenali ramai kerana watak awal permainan tersebut iaitu Astaroth dan Seong Mi. Dua watak ini akan menyertai pelbagai watak yang diumumkan sebelum ini termasuk juga dari permainan CDPR The Witcher iaitu Geralt of Rivia.

Selain watak-watak yang ada, pemain juga dibolehkan untuk mereka watak sendiri. Soul Calibur VI bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 ini.

Leave a Reply